Sunday, May 15, 2011

Thursday, June 10, 2010

Karnival ”Melaka Night City” 2010


Karnival ”Melaka Night City” 2010 bersempena SUKMA 2010 julung kali akan di adakan di Negeri Melaka. Karnival ini mengumpulkan usahawan-usahawan SDSI, IKS, Belia dan pengeluar-pengeluar untuk memasarkan serta memperkenalkan produk mereka. Antara pengisian oleh squarefeetartgroup seperti demontrasi pelukis berus angin, jualan lukisan cenderamata dan buku.. bersama-samalah memeriahkan lagi karnival ini dari 11 – 21 Jun 2010 dari jam 6.00 petang hingga 2.00 pagi.. untuk makluman lanjut sila layari www.melakahariini.com.my..

KARNIVAL MELAKA NIGHT CITY 2010

Seramai 5,000 pengunjung dijangka menghadiri Karnival 'Melaka Night City' yang akan berlangsung di perkarangan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), MITC Ayer Keroh, di sini dari 11 hingga 20 Jun 2010.

Karnival yang julang kali diadakan ini bertujuan menyemarakkan lagi pengajuran Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 yang dijangka bakal menarik ramai pengunjung luar, sekaligus dapat mempromosikan kebudayaan dan keistimewaan Melaka selaras dengan statusnya sebagai Bandaraya Warisan Dunia (BWD).

Majlis ini telah mendapat sokongan pelbagai pihak, antaranya Jabatan Ketua Menteri Melaka, Yayasan Penyuluh Bakti, Syarikat Korporat B-Rich dan badan-badan Korporat lain (NGO).

Karnival 10 hari ini merupakan pengajuran tunggal oleh Valiant Expressions (Malaysia) Sdn. Bhd yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Menariknya, karnival ini akan dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada 13 Jun depan pada jam 9 malam.

Selain pengisian untuk memartabatkan sukan di kalangan belia, karnival ini bakal diisi dengan pelbagai aktiviti menarik yang akan berlangsung, antaranya persembahan perarakan Kelab Permotoran Perodua Myvi dan Kelab Permotoran Proton Satria.

Acara lain yang akan turut menarik puluhan ribu pengunjung adalah konsert hebat dari artis tempatan, pertunjukan sistem audio kereta, pertandingan ayam serama, pertandingan ratu kebaya, dan pertunjukan permainan tradisional.

Jemputan lain yang turut hadir di majlis ini adalah Ketua Pegawai Eserkutif Variant Expression (Malaysia) Sdn.Bhd Mas Ahmad Kamal; Timbalan Presiden Yayasan Penyuluh Bakti ,Hamidah Abdul Karim; Ketua Pegawai Eserkutif B-Rich Sdn.Bhd, Rossidi Jemlus dan wakil-wakil jabatan kerajaan yang terlibat.

"Kita akan memastikan majlis ini berlangsung dengan meriah dan mencapai sasaran mempromosikan Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 yang berlangsung nanti," ujar Mas Ahmad ketika ditemui selepas majlis itu.

sumber : http://www.melakahariini.com.my/

Thursday, May 20, 2010



SquaRefEet

sQuaRefEet merupakan sebuah group yang terdiri daripada beberapa orang yang mempunyai kerjaya yang berbeza. Group ini sering mengadakan perjumpaan dan menyertai beberapa program kesenian di sekitar Kuala Lumpur. Ahli group ini merangkumi minat seni yang berbeza dalam bidang kesenian, muzik, fotografi, bundle dan penulis seni. Sebarang pertanyaan, sila email kami di feetsquare@yahoo.com

Thursday, May 13, 2010

hari belia 2010


Sempena Hari Belia Negara 2010 pada 14, 15 dan 16 Mei ini,
di Precint 2, Putrajaya akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik yang akan dilaksanakan oleh belia untuk generasi belia itu sendiri.


Di antaranya ialah penganjuran Youth Town yang melibatkan sepenuhnya penyertaan dari kalangan belia.

Youth Town akan
mengumpulkan kira-kira 50 gerai jualan yang akan diusahakan oleh usahawan-usahawan belia dari seluruh Negara.

Dianggarkan kira-kira 100,000 pengunjung
akan mengunjungi Youth Town yang mempunyai pelbagai aktiviti jualan menarik yang menepati citarasa belia-belia pada masa kini.

Squarefeetartgroup juga tidak mele
paskan peluang dengan menyertai program tersebut dengan membuat demontrasi 'airbrush' di bonet kereta dan menjual barangan seperti kasut dan helmet yang siap di 'airbrush'.


.diantara rekaan kasut adalah dari karektor kartun,filem,graf dan lain-lain.. jika berminat bolehlah membuat tempahan mengikut imej design anda tersendiri dan emailkan kepada diairoll@yahoo.com atau ditalian o12-507 5898 untuk pertanyaan (aku_erol)

Tuesday, January 5, 2010


laman budaya rakyat 1 malaysia adalah satu program jualan hasil seni, kraf, pertunjukan pentas dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang di buat pada setiap hari sabtu di Dataran Merdeka.. Squarefeetgroup juga tidak lepaskan peluang untuk menyertai program tersebut pada 9 Januari ini untuk menjual hasil karya seni lukis,cetak dan cenderahati.. silalah berkunjung beramai-ramai ke gerai kami di sana...



helmet yang sudah di airbrush untuk dijual.. kami juga menerima tempahan airbrush di bonet kereta,helmet dll. harga yang ditawarkan mengikut imej yang diberi dan bergantung kepada saiz dan pilihan warna.. jika berminat sila layari www.studio44airart.blogspot.com untuk keterangan lanjut